ϟ CΔLIPH OF ΔLLΔH ϟ

My photo
Pahang, Islam, Malaysia
Tenang dilihat tapi sukar digapai.(Perempuan kesayangan mama)

Friday, September 19, 2014

Thadiyah fil mujahadah

Nota: Mujahadah itu bermaksud melawan hawa nafsu.
          Thadiyah itu secara ringkas ialah pengorbanan.

Dan dalam kes aku ini "thadiyah fil mujahadah"

"pengorbanan melawan hawa nafsu"

tapi ini kisah bukan jihad perang pegang pedang ye.
----------------------------------------------------------------------------------------
ada hati yang dulu aku tinggal mati,
kini kembali melemahkan iman yang baru bangkit dari mati,
ini dugaan apa Tuhan?
aku tanya lagi.

sekitar aku cuma ada batu dan kertas yang tak bernyawa.

"awak 25Disember ni saya berangkat ke yaman"

"25Disember2014?"

//

"haah"

Allah.

Benar,aku sudah melupakan yang sudah berlalu,
tapi bukan bermaksud aku lupakan yang pertama kali dalam hidup aku,
benar,aku sudah melepaskan dari dulu, tapi bukan bearti aku melepaskan pergi sejauh itu,
benar,ini takdir tuhan,
justeru,aku redha dengan ketentuan itu.

Jangan pernah tanya aku tentang janji yang setiap manusia berhati punya.
Jangan pernah sogok aku untuk terus tetap bersama janji yang kita tinggal mati,
sahabatku,

hembus nafas,

benar perkataan sahabat itu memberi impak yang besar buat aku,
lalu mereka tanya

"mengapa rasa sayang itu susah dibuang"
"mungkin kerana rasa sayang itu bukan dibina sehari dua"

lalu kenapa aku membenarkan hatiku memanggil mu sahabat?
Kerana aku sedang thadiyah fil mujahadah.
Sebelum mata tertutup rapat,sebelum  mata sempat melihat kamu lagi,
maafkan segala khilafku,sahabat,semoga kau disana nanti memberi sejuta hikmah buat kami di Malaysia, semoga kau tabah bersama insan baru, semoga kehidupan baru memberi kebahagian buatmu, insyaallah didunia & diakhirat.

*ketawa kecil*

Nanti,belum habis lagi, aku anggap ini pengorbanan boleh? 
ini rahsiaku dengan Tuhanku :)






Alhamdulillah,Terima kasih ya Tuhan ku,Ya Rahman, Ya Rahim,
terus bersama aku Tuhan,
Untuk kali ke dua puluh lima juta kali,terima kasih kerana sentiasa disisi aku.

“Allah menghapuskan apa jua yang dikehendakiNya dan Ia juga menetapkan apa jua yang dikehendakinya. Dan (ingatlah) pada sisiNya ada ‘Ibu segala suratan’.”( surah Ar-Ra’d ayat 39)

Itulah aku,
yang dahulu aku suruh kau berlari tinggalkan aku,
yang sekarang tuhan beri kiffarah itu,
Selamat jalan sahabatku.


cepat pergi.


walaupun jauh di lubuk hati aku.


jangan pernah.

No comments: