ϟ CΔLIPH OF ΔLLΔH ϟ

My photo
Pahang, Islam, Malaysia
Tenang dilihat tapi sukar digapai.(Perempuan kesayangan mama)

Tuesday, September 9, 2014

Mara ke lara? #muhasabahdirisendiri

Assalamualaikum,
Ambil ini sebagai ikhtibar kalau engkau mampu.

Semalam 8september2014 seperti post yang lepas telah aku beritahu kalau aku sekarang di unikl,ini cerita tentang mara.ya pinjaman mara.

jangan ketawakan aku,tuhan dengar tahu?

Semalam beratur nak hantar mara sebab semalam jugak lah last hantar mara! last,
beratur tunggu que nak hantar borang dan semak.

"dik ni e-felling takde"

Masa tu, mata pejam rapat sebak dada buak-buak mana pulak nak cari e-filing rumah aku bukannya sekangkang kera,lepas tu terpaksa ambik semua borang,ya allah sedih sangat pagi tu dah lah ada kelas,tapi kuasa allah siapa yang tahu tiba-tiba diorang cakap kelas cancel alhamdulillah, terus call papa,papa cakap papa tak faham dan papa tak tahu apa e-filling lagi lah aku sedih takpe,lepas tu call masa papa tengah buat kerja,takpe kene marah sebab ganggu papa masa kerja.ok takpe,

"abg,nak ambik borang e-filling tu macam mana"
"kene pergi LHDN"

ah sudah.

okay takpe,tanya kawan-kawan, diorang cakap dekat wangsa maju dengan pudu,ok prefer wangsa maju,
anis nak teman tapi memikirkan kos pulak nak kesana kesian juga dekat anis,ya allah alhamdulillah kelas batal semalam, takpe tawakal level 20 pergi wangsa maju.

pertama kali aku, LRT dang wangi-LRT wangsa maju,sorang,

takpe,

"assalamualaikum abg polis, *tipu je sebenarnya tak panggil abg pun lhdn dekat mana?"
"terima kasih"

takpe tak payah naik teksi sebab dekat,ya allah sungguh-sungguh berdoa high level supaya dipermudahkan urusan ke lhdn.

"assalamualaikum akak,*mintak nak ambil borang lhdn bapa"

"ADIK ADA BAWA BORANG PENGESAHAN DARI BAPA UNTUK AMBIL BORANG TU"

ah sudah.

"terima kasih akak"

Dekat basement park tu,masa tu dah tak tahan masa tu rasa macam kenapa aku sorang dekat sini, masa tu air mata dah level20, dah tahap kronik ya allah,tiba-tiba mengada-ngada sebak, lepas tu duduk.

Teringat dekat mama.

"hello mama *sedu-sedu* "

Allah, semalam ujian paling berat masa dekat sini, bila kita berusaha sedaya upaya kita,tiba-tiba Allah tak bagi,kau rasa? Memang aku manusia biasa, benar aku yang paling lemah dikalangan mereka, tapi satu hati sedang teliti duniawi,baru aku tahu ini rasa kegagalan,baru aku tahu ini rasa seorang diri disini, baru aku tahu tak semestinya allah beri dan baru aku tahu erti "jangan mudah putus harapan"

dan

"Allah tidak menguji hambaNYA jika hambanya tidak mampu"

Bangun terus kesat air mata.

"akak boleh tak saya tinggal ic saya ke akak call papa saya ke ada tak cara lain yang  dibolehkan untuk saya dapat borang lhdn papa saya"

agaknya akak tu dah perasan aku tengah sedih level 20

"takpe dik boleh bagi ic bapa awak"

alhamdulillah.

"DIK BAPA AWAK TAK DAFTAR LAGI E-FILLING TU"

"terima kasih akak"

---------------------------------------------------------------------------------------------------------
Sebab sedih dah jadi dua kali ganda level 20,
menagis sampai keluar LRT dang wangi,
puas,sekarang aku puas.

Dengar sini, sekarang aku tahu rasa yang selama ini aku tunggu,
Betul Tuhan kuat uji aku semalam,
Sampai rasa dekat sangat dengan Tuhan,
dekat sangat.
 Tunggu masa nak jumpa tuhan,
tak sabar nak cerita dekat dia.

"abg, papa saya takde e-filling tu tapi borang lain dah lengkap"

"OH TAKPE LAH KALAU TAKDE@TAK BUAT LAGI HANTAR JE BORANG TU SEBAB YANG LAIN DAH LENGKAP"

Tenang je aku dengar abang tu cakap.

"terima kasih abg"

Alhamdulillah borang mara dah settle.
Jadi buat apa aku pergi lhdn wangsa maju?
Sebab aku tak tahu yang papa ade ke tak borang e-filing tu jadi nak tak nak kene pergi jugak lhdn tanya.
Sebab papa pun tak tahu lhdn tu dan masa tu papa kerja papa marah sebab cakap aku tak cakap awal-awal padahal betullah papa memang tak tahu borang lhdn tu.

Muhasabah diri sendiri,
baru tahu rupanya banyak jalan dekat bumi Allah yang baru aku tempuhi,
baru sikit Allah nak uji,
baru sikit Allah bagitahu tentang kuasa dia,
Allah uji susah nak hantar mara sebab allah rindu aku kut.
Allah uji sebab aku banyak sangat dosa,
sebab selalu lupa dekat dia,
sebab tu susah,
sebab tu bila sedar,
cepat-cepat bangun.
aku dah bangun tapi tak pasti dekat mana,
jadi kalau sesiapa baca post ni,
aku tengah kejut hangpa
sebagai manusia biasa untuk saudara sesama islam.



Nota kaki : nasib aku tak tidur dekat basement parking kereta dekat lhdn tu kan?




No comments: