ϟ CΔLIPH OF ΔLLΔH ϟ

My photo
Pahang, Islam, Malaysia
Tenang dilihat tapi sukar digapai.(Perempuan kesayangan mama)

Saturday, July 26, 2014

Pengakhiran ramadhan 2014

Allah...
terlalu sayu hati aku bila tahu hari esok ialah ramadhan terakhir untuk tahun ini,
belum sempat untuk aku beritahu Tuhan tentang segalanya yang terjadi,
apakah hati ini masih kukuh bersama tuhan,

Allah...
Seperti yang hati ini tahu,
sejak kebelakangan ini,aku suka diam.
aku suka bercakap dengan hati aku,
memerhati sekeliling dengan mata tajam aku,
mendengar setiap kata-kata yang menusuk kalbu aku,

aku rindu allah....
aku rindu akan kehidupan yang telah berlalu,
aku tahu hanya engkau yang tahu tentang hati aku Allah,
ya benar,

aku rindukan yang telah lalu,
masa lalu aku,
aku juga rindukan ainum mardihah,
Maafkan aku Tuhan,aku lalai ,aku lupa,aku jatuh aku cari engkau,aku separa tinggi aku lupakan engkau,maafkan aku selalu begitu,aku tahu aku sang pendusta,beri aku waktu tuhan,setiap detik aku sentiasa memerlukan keampunan dari engkau tuhan,aku kosong tanpa tuhan,aku kosong tanpa engkau tuhan...

sebelum berakhir ramadhan,
dengar dulu permintaan aku ya

Tuhanku,
Kembalikan rasa yang engkau tinggal mati untukku,
Kembalikkan segenap cinta aku kepamu,
kembalikan rasa hamba yang sebetulNYA
tunjukkan aku jalan yang lurus,
Ambil nyawa aku bila mana aku sedang mengingatimu
Ampunkan aku,
Bahagiakan hidup aku dan orang sekelilingku
Redhakan hidupku
Beri aku kejayaan didunia & akhirat
Jadikan aku hambaMU yang sentiasa bersamamu,mengingatimu,mencintaimu hambamu yang sebetulnya.

Tuhan
Hanya satu lagi permintaan sebelum ramadhan ini pergi.

Matikan aku dan orang sekelilingku dalam IMANMU,permudahkanlah,

ameen.

No comments: