ϟ CΔLIPH OF ΔLLΔH ϟ

My photo
Pahang, Islam, Malaysia
Tenang dilihat tapi sukar digapai.(Perempuan kesayangan mama)

Monday, July 14, 2014

10 Ayat Surah Al-kahfi (doa pelindung daripada fitnah dan dajjal)

Assalamualaikum,Harini nak review sikit dekat diri sendiri dan orang yang tak tahu serta peringatan kepada orang yang dah tahu tentang kebaikan surah al-kahfi ni,subhanallah... teruja sangat nak tahu pasal surah ni lebih mendalam saya pun google la,semoga bermanfaat buat kita semua.Dekat sini saya sertakan kelebihan surah ini,serta bacaan dalam rumi dan boleh download mp3 player untuk dengar dan sama-sama kita boleh hafal.

Download surah Al-khafi :

10 ayat awal surah kahfi :
https://www.tusfiles.net/y4m48ywunbne 


10 ayat akhir surah kahfi :
https://www.tusfiles.net/ru0lj1mkvdmg


gambar surah utk baca sambil dgr.... :
https://www.tusfiles.net/12had9v4or8u


--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda:"Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda:"Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)


"Surah al-Kahfi disunnatkan untuk kita membacanya pada malam Jumaat dan pada hari Jumaat  sebagaimana disebut dalam hadis Rasulullah SAW, jika kita membaca Surah Al-Kahfi pada malam dan hari Jumaat, InsyaAllah akan terpancar cahaya buat kita dari Jumaat ini sehingga tiba Jumaat yang akan datang. Jadi, jangan lupa untuk sama-sama  kita membacanya bermula malam ini."

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------
Bacaan rumi.

10 Ayat Pertama Surah Al-Kahfi


Bismillahirrahmanirrahim
(dengan nama Allah yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani)

1. Alhamdu lillahi allathee anzala AAalaAAabdihi alkitaba walam yajAAal lahu AAiwajan
(Segala puji bagi Allah yang telah menurunkan kepada hamba-Nya Al Kitab (Al-Qur'an) dan Dia tidak mengadakan kebengkokan di dalamnya)

2. Qayyiman liyunthira ba/san shadeedan min ladunhu wayubashshiraalmu/mineena allatheena yaAAmaloona alssalihati anna lahum ajran hasanan
(sebagai bimbingan yang lurus, untuk memperingatkan seksaan yang sangat pedih dari sisi Allah dan memberi berita gembira kepada orang-orang yang beriman, yang mengerjakan amal soleh, bahawa mereka akan mendapat pembalasan yang baik,) 

3. Makitheena feehi abadan
(mereka kekal di dalamnya untuk selama-lamanya.) 

4. Wayunthira allatheena qaloo ittakhatha Allahuwaladan
(Dan untuk memperingatkan kepada orang-orang yang berkata: "Allah mengambil seorang anak.") 

5. Ma lahum bihi min AAilmin wala li-aba-ihimkaburat kalimatan takhruju min afwahihim in yaqooloona illa kathiban
(Mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang hal itu, begitu pula nenek moyang mereka. Alangkah buruknya kata-kata yang keluar dari mulut mereka; mereka tidak mengatakan (sesuatu) kecuali dusta.) 

6. FalaAAallaka bakhiAAun nafsaka AAala atharihimin lam yu/minoo bihatha alhadeethi asafan
(Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Qur'an)) 

7. Inna jaAAalna ma AAala al-ardizeenatan laha linabluwahum ayyuhum ahsanu AAamalan
(Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.) 

8. Wa-inna lajaAAiloona ma AAalayha saAAeedanjuruzan
(Dan sesungguhnya Kami akan jadikan apa yang ada di bumi itu (punah-ranah) sebagai tanah yang tandus.) 

9. Am hasibta anna as-haba alkahfi waalrraqeemi kanoo min ayatinaAAajaban
(Adakah engkau menyangka (wahai Muhammad), bahawa kisah “Ashaabul Kahfi” dan “Ar-Raqiim” itu sahaja yang menakjubkan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan Kami?) 

10. Ith awa alfityatu ila alkahfi faqaloo rabbanaatina min ladunka rahmatan wahayyi/ lana min amrinarashadan
(Ingatkanlah peristiwa) ketika serombongan orang-orang muda pergi ke gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami rahmat dari sisiMu, dan berilah kemudahan-kemudahan serta pimpinan kepada kami untuk keselamatan agama kami”.)

10 Ayat Terakhir Surah Al-Kahfi

101. Allatheena kanat aAAyunuhum fee ghita-in AAan thikreewakanoo la yastateeAAoona samAAan
(Iaitu) orang-orang yang matanya telah tertutup daripada melihat tanda-tanda yang membawa kepada mengingatiKu, dan mereka pula tidak dapat mendengar sama sekali.) 

102. Afahasiba allatheena kafaroo an yattakhithoo AAibadeemin doonee awliyaa inna aAAtadna jahannama lilkafireenanuzulan
(Maka adakah orang-orang kafir menyangka bahawa mereka mengambil hamba-hambaKu sebagai makhluk-makhluk yang disembah, selain daripadaKu, dapat menolong mereka? Sesungguhnya Kami telah sediakan neraka Jahannam bagi orang-orang kafir itu sebagai tempat tetamu.)

103. Qul hal nunabbi-okum bial-akhsareenaaAAmalan
(Katakanlah (wahai Muhammad): “Mahukah Kami khabarkan kepada kamu akan orang-orang yang paling rugi amal-amal perbuatannya?) 

104. Allatheena dalla saAAyuhum fee alhayati alddunya wahum yahsaboona annahum yuhsinoonasunAAan
(Iaitu) orang-orang yang telah sia-sia amal usahanya dalam kehidupan dunia ini, sedang mereka menyangka bahawa mereka sentiasa betul dan baik pada apa sahaja yang mereka lakukan”.) 

105. Ola-ika allatheena kafaroo bi-ayatirabbihim waliqa-ihi fahabitat aAAmaluhum falanuqeemu lahum yawma alqiyamati waznan
(Merekalah orang-orang yang kufur ingkar akan ayat-ayat Tuhan mereka dan akan pertemuan denganNya; oleh itu gugurlah amal-amal mereka; maka akibatya Kami tidak akan memberi sebarang timbangan untuk menilai amal mereka, pada hari qiamat kelak.) 

106. Thalika jazaohum jahannamu bima kafaroo waittakhathoo ayatee warusuleehuzuwan
((Mereka yang bersifat) demikian, balasannya neraka Jahannam, disebabkan mereka kufur ingkar, dan mereka pula menjadikan ayat-ayatKu dan Rasul-rasulKu sebagai ejek-ejekan.) 

107. Inna allatheena amanoo waAAamiloo alssalihati kanat lahum jannatualfirdawsi nuzulan
(Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal soleh, disediakan bagi mereka Syurga-syurga Firdaus, sebagai tempat tetamu (yang serba mewah).) 

108. Khalideena feeha la yabghoona AAanha hiwalan
(Mereka kekal di dalamnya, (dan) tidak ingin berpindah daripadanya.) 

109. Qul law kana albahru midadan likalimatirabbee lanafida albahru qabla an tanfada kalimatu rabbee walawji/na bimithlihi madadan
(Katakanlah (wahai Muhammad): “Kalaulah semua jenis lautan menjadi tinta untuk menulis Kalimah-kalimah Tuhanku, sudah tentu akan habis kering lautan itu sebelum habis Kalimah-kalimah Tuhanku, walaupun Kami tambahi lagi dengan lautan yang sebanding dengannya, sebagai bantuan”.) 

110. Qul innama ana basharun mithlukum yooha ilayya annamailahukum ilahun wahidun faman kana yarjoo liqaarabbihi falyaAAmal AAamalan salihan wala yushrik biAAibadatirabbihi ahadan
(Katakanlah (wahai Muhammad): “Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharap akan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya”.)


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah.Semoga bermanfaat untuk semua,Salam Ramadhan al-mubarak hari ke16.
Selamat beramal.
love,
awan xoxo

No comments: