ϟ CΔLIPH OF ΔLLΔH ϟ

My photo
Pahang, Islam, Malaysia
Tenang dilihat tapi sukar digapai.(Perempuan kesayangan mama)

Friday, June 6, 2014

Plkn Tasik Chini Resort #1

Assalamualaikum w.b.t

Dah hampir seminggu aku tinggalkan PLKN,Bagi aku PLKN ni bagus sebab kita akan dapat kenal ramai orang plus kalau kita islam kita dapat banyak pengetahuan tapi tak tahu lah kem lain kan macam aku dapat kem plkn tasik chini,so far alhamdulillah kem plkn tasik chini memang best la,walaupun pada mula aku tengok nak tercekik tengok toilet dia lepas tu terus call mama "helooo mama toilet dia scary gila" atau mungkin sebab kem tu dah lama.Tapi lama-lama dah terbiasa,kem plkn tasik chini ni sejuk sikit berbanding kem plkn yang lain sebab dia dalam hutan & yang paling istimewa sebab dia ada tasik(naga berapi)

ngeh ngeh ngeh

Berkaitan dengan #ktcr ni jugak solat tak payah cakap lah fully 5 waktu kena sembahyang berjemaah, bagus kan? kau lambat la macam mana pun kau kena datang surau sembahyang berjemaah,waktu memang padat so memang dia nak kau tiptop punya tepat pada waktu,dulu sebelum pergi plkn aku selalu jugak dengar zikir terapi hafiz hamidun ni (lailahaillallah muhammad rasulullah) dekat plkn ni haaa hari-hari setiap kali sebelum azan,bagi aku, aku bersyukur sangat sebab dapat pergi plkn ktcr,smart solat memang best ada khusus solat&mandi jenazah, cara solat yang betul, memang nampak macam remeh since setengah orang rasa macam tu boleh buat dekat luar,haah memang betul tapi "masa" *pegang rotan*

Allah,
sungguh rindu di plkn,tapi yang penat nya nak ke surau tu memang kena positif habis sebab dorm kat bawah surau kena naik bukit kalau masa tengah hari cita dia memang kadang-kadang susah jugak lah nak khusyuk dalam solat tu disebabkan kem ni dah lama so surau dia pun agak sedih.Surau ni nama surau at-taqwa tak silap,surau ni takde syiling tepi dia separuh batu separuh kayu atap macam zink atau tak ingat tapi kalau solat zohor tu memang lah panas sikit tapi jangan risau sebab ada kawan-kawan semua orang pun panas jadi kalau taknak panas iman jom la kita sembahyang cepat-cepat oh sekarang faham ada hikmahnya hehe.

tapi sumpah,panas
oh dunia~ (kadang-kadang pernah juga terdetik ya allah berikanlah sumbangan kepada surau ni kalau ada syiling untuk tutup atap pun dah cukup) *mata kelipkelip*

Kem plkn tasik chini resort,1001 memori walaupun aku pelepasan awal, tapi semua yang diajar ustaz alhamdulillah semua masih (tersemat) (ayat keramat) hehe dihatiku, banyak perkara sunat dalam solat yang kita tak tahu,pergi plkn dengan izin allah alhamdulillah serba sedikit dah tahu, nanti kalau ada masa saya nak sharing dekat readers yang belum tahu okay.

Dulu memang taknak pergi takut hitam lah apa lah takdelah biasa je lagi-lagi kalau dapat dekat ktcr,memang best,pengalaman tu masing-masing la,

tapi satu je la niat kita tu kena lah betul kan? (saya pun masih belajar)

kalau awak cakap awak taknak sampai mati pun awak takkan rasa kemanisan nya.

Betul tak?

"Leen,aiy,syafiqah, -
awan rindu nak solat & zikir lailahaillallah muhammad rasulullah (ya hanana) *sampai tercabut kepala* dengan korang dekat plkn,terima kasih sebab selalu jaga tempat sebelum solat,(semua kemanisan iman yang kita bina bersama) & semoga ukhwah ini kekal hingga ke syurga"

No comments: