ϟ CΔLIPH OF ΔLLΔH ϟ

My photo
Pahang, Islam, Malaysia
Tenang dilihat tapi sukar digapai.(Perempuan kesayangan mama)

Sunday, June 29, 2014

First Ramadhan 2014

Allahuakbar,alhamdulillah first of all terima kasih allah atas nikmat kurniaan hidup yang sangat aku hargai, allahu rabbi,terlampau banyak dosa sehingga terkadang lupa kalau kita cuma manusia biasa,hehe, btw alhamdulillah i m now officially unikl miit students.Selamat berpuasa :)


Bismillahirahmanirrahim.

Bagaimana perasaan pertama kali aku menjejakkan kaki ke unikl ini akan aku ceritakan pengalamannya kemudian ye.

Sebenarnya nak cerita harini tentang macam mana aku boleh duduk dekat rumah sekarang 1ramadhan2014 hehe.Alhamdulillah allah permudahkan segalanya,segala puji hanya pada allah yang maha besar.

Sungguh,sungguh kalau aku ceritakan boleh jadi the sadness things ever hehe.Tapi alhamdulillah lepas luah semua dekat mama dengan kakak so far feel better,okay straight to the point.

Hari jumaat kalau tak silap 27hb june 2014 bersamaan dengan kelmarian, jumaat sabtu ahad dan selasa aku takda kelas so far okay lah boleh balik takde lah kalut sangat kan,jadi mula pagi tu bila bangun masa roomate nak solat subuh,ya allah jujur cakap 2/3 hari dah aku tak tenang atau mungkin sebab aku abc masa tu rasa jauh dengan allah,tapi tetap nak balik jugak jumaat tu sebab banyak benda tak settle, lepas tu pagi tu sempat lagi duduk termenung dekat koridor hostel mengenangkan nasib & keep asking my self "why am i was here"

berkali-kali meminta kekuatan dari Allah agar dipermudahkan semuanya alhamdulillah,

First time naik rapid (ni kelakar) sebab aku tak tahu yang naik rapid kene bayar seringit dan letak dalam tong yang disediakan,ha ha ha okay ni aku konfius dengan diri sendiri aku ni orang ulu ke sumatera naik rapid pun tak tahu.Tapi tahan bas terus naik pakcik tu cakap dik ada duit kecik tak lepas tu aku cakap lah takda, masa tu sebak dalam dada tahap kemuncak sebab lahai tertinggal bas la macam ni kan.Lepas tu pakcik tu cakap takpelah awak duduk dulu.Masa duduk tu aku pun selongkar lah bag aku nak jadi cerita sedih peringkat antarabangsa hamek seringgit syiliing pun NAN HADO! nagis tak? duit semua besar apa cita sejak bila aku kaya sangat ni konfius ni,lepas tu tawakal je lah tengok je pakcik tu (aku duduk belakang dia) then sampai KL sentral dia stop lepas tu aku cakap "takpelah pakcik ambik je duit ni baki tak payah pulangkan sambil senyum takut pakcik ni tak bagi aku turun pulak kan sebab tak bayar hihihi.Tapi kuasa Allah siapa yang tahu,Alhamdulillah allah permudahkan segalanya, pakcik tu cakap "takpelah dik,lain kali kalau nak naik bas ni sediakan duit kecik" aku pun apa lagi tengok pakcik tu "mata berkaca-kaca" teiba-tiba keluar bunga api dari telinga,aku dengan pakcik tu tengok bunga api tu sama-sama boleh?

ngeh

lepas terus pandang dekat atas info bas rapid tu nama pakcik tu En.RAMLI, sekali lagi En.RAMLI.
Ramli tu yang tak tahan dah throwback aku kat situ sebab nama ramli tu mengingatkan aku pada seseorang.SKIP okay lepas cakap dekat pakcik tu "terima kasih pakcik,betul ke ni dan seangkatan dengannya,lepas tu sempat lagi tu usha pakcik tu jap, sebelum keluar "pakcik terima kasih banyak-banyak lepas ni kalau saya naik bas ni lagi saya akan gandakan bayaran sebagai ganti tambang harini" lepas tu pakcik tu senyum.

ngeh

lepastu terus jalan naik monorel pergi ke titiwangsa.Alhamdulillah sampai pekeliling terus ada bus untuk balik,then naik bas terus sampai rumah.

Sepanjang perjalan aku rasa happy tenang sikit almaklumlah nak balik rumah.

sampai rumah lepas solat asar,banjir jap cerita macam-macam dekat mama dan kakak.

Kesimpulannya kepada aku dan mungkin orang yang membaca, alhamdullillah jom kita ramai-ramai buat sesuatu dengan bersungguh dan tawakal kepada allah dan bergantung kepada allah,tapi usaha tu penting ye sayang-sayang,mungkin orang yang membaca ini lebih tahu dari saya tentang segalanya dan saya ucapkan saya berbangga kerana mempunyai sahabat seperti anda :) apa yang sedang cuba aku lakukan sekarang ialah cuba untuk positive dalam segala aspek kehidupan aku yang tidak bertentangan dengan islam,in syaa allah :)
semoga allah permudahkan urusan kita semua didunia dan diakhirat,Tentang kejadian pertama kali balik sendiri kerumah dari hostel memberi aku seribu satu pengajaran yang sangat bernilai,dengan dipertemukan dengan bermacam-macam manusia yang sebenarnya mempunyai nasib serupa dengan kita cuma mereka tidak sedar bahawa kita didunia yang sama.Mungkin aku juga sedang tidur.

Leka dengan dunia.

Allah tahu apa kita rasa,Salam Ramadhan Al-mubarak semoga dibulan puasa ini kita lebih diberkati dan dirahmati Allah.

No comments: